JUMAAT, 12 NOVEMBER – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau hospital-hospital di seluruh negara susulan indikator kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-Naught) Malaysia meningkat kepada angka Satu Perpuluhan Kosong.
Menurutnya, Khairy Jamaluddin dalam ciapan menerusi akaun Twitter rasminya semalam turut menggesa;
“… individu yang telah diberi temu janji dos penggalak COVID-19, agar mengambil dos berkenaan”.
Memetik hantaran Twitter Khairy sebagai berkata, warga emas perlu mengelakkan tempat yang sesak. Amalkan TRIIS.
Nilai R-Naught merujuk kepada tahap keberjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa banyak kes yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Doktor Noor Hisham Abdullah dalam catatan di akaun Twitter beliau menyifatkan peningkatan semula kadar kebolehjangkitan bermakna kes harian semakin mendatar.
Beliau turut melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes positif COVID-19 negara selama empat hari berturut-turut apabila sebanyak 6,323 kes baharu COVID-19 dicatatkan Khamis.