Hizbullah terus serang, lancar beberapa roket lagi ke Israel

Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri di Lubnan. Foto – Aljazeera

Hizbullah meneruskan serangan terhadap Israel dengan melancarkan beberapa lagi siri peluru berpandu ke arah utara negara haram itu.

 

Menurut laporan Aljazeera, serangan dilancarkan terhadap lokasi ketenteraan di Shlomi, Hanita dan Marj.

 

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kerosakan infrastruktur dilaporkan setakat ini.

 

Serangan itu dilancarkan susulan dakwaan Hizbullah melakukan serangan peluru berpandu terhadap pangkalan tentera Glilot berhampiran bandar Tel Aviv yang merupakan lokasi unit perisikan 8200 Israel.

 

Tentera Israel berkata, pihak mereka mengesan pelancaran lima roket di wilayah tengah Israel yang mana beberapa daripadanya telah dipintas manakala bakinya jatuh di kawasan terbuka.

 

Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller menasihatkan supaya Israel tidak melakukan serangan terhadap lapangan terbang antarabngsa Lubnan di Beirut dan kawasan berhampirannya untuk membolehkan rakyat negara AS boleh keluar daripada negara itu.

 

“Amat penting untuk lapangan terbang itu kekal beroperasi dan jalan terus dibuka supaya rakyat AS dan negara lain boleh keluar daripada kawasan konflik itu,” katanya seperti dipetik laporan media antarabangsa.

 

Permintaan itu susulan pengeboman berterusan Israel di selatan Beirut yang mana terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri.

 

Serangan-serangan beberapa hari lalu dilaporkan mengenai kawasan yang berhampiran dengan lapangan terbang itu. – Aljazeera

 

#TVPertiwi #setahunAlAqsa

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Allah murka, Asyraf gesa media berhenti sensasikan isu cerai

Next Post

PERKASA rayu kekalkan Jumaat hari cuti di Johor

Related Posts