Maghribi, 6 Jan 2022 – Setelah terperangkap hampir 100 jam, Rayan Awram kanak-kanak berusia lima tahun yang terjatuh dalam telaga berkedalaman 32 meter, selamat dikeluarkan detik malam Sabtu waktu tempatan. ( pagi Ahad Malaysia) Berita itu suatu yang amat dinantikan seluruh dunia, sejak kejadian Rayan terperosok dalam telaga tular dan menerima simpati, sokongan dan juga doa daripada masyarakat melampaui batasan sempadan.
Di media sosial, terlihat sorakan gembira, tepukan tangan menzahirkan kejayaan petugas mencari dan menyelamat yang berjaya menarik keluar Rayan. Laungan takbir, Allahuakbar juga kedengaran sebaik dikelaurkan dan mengiringi perjalanannya ke dalam ambulans.
Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama, sejurus dikeluarkan media Arab News mengesahkan disahkan meninggal dunia sebelum sempat dibawa untuk rawatan. Pegawai kesihatan Maghribi mengesahkan Rayyan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia sebelum penyelamat sampai kepadanya. Jenazahnya yang dibalut dengan kain selimut kuning selepas dia dibawa keluar dari terowong, terus dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter.
Bukan sahaja, dirasai kehilangannya diseluruh dunia oleh marhaen biasa, tidak ketinggalan pohak istana yang berutas takziah menyatakan rasa sedih atas kehilangan kanak-kanak comel itu yang diratapi seklaian mansuia yang mengikuti lima hari keisahnya. Raja Maghribi, Raja Mohammed VI terys meneflon kedua orang tua rayan sebaiak menerima berita pemergiannya. Khaled Oram, bapa Rayyan dan bonda, Wassima Khersheesh menerima ucapan takziah atas kehilangan anak kesayangan, dan didoakan bersabar atas ujian yang didatangkan daripada Allah SWT.
Menurut laporan Arab News, Rayan dipercayai mengalami kecederaan di kepala, kecederaan saraf tunjang serta patah tulang di beberapa bahagian badannya. Ketika diketahui lokasi dia terjatuh, pasukan penyelamat dan perubatan, menyalurkan oksigen, makanan dan air serta kamera pemantauan ke dalam lubang itu untuk memantau keadaannya. Usaha akhir menyelamatkan Rayan pula menggunakan kaedah memasuki terowong penggalian sedalam lebih 150 meter di bahagian sisi lokasi lubang mangsa terperangkap.
Operasi menyelamatkan Rayan disifatkan sangat kritikal lebih-lebih berlaku insiden sedikit runtuhan tanah ketika detik-detik akhir proses membawa keluar mangsa. Sejak empat hari itu pelbagai cara dicuba, temasuk pasukan keselamatan terpaksa menggunakan peralatan tangan untuk menggali struktur tanah. Operasi fasa terakhir pada petang Sabtu memakan masa lebih empat jam dan perlu dibuat secara berhati-hati bagi mengelakkan insiden tanah runtuh yang akan merumitkan keadaan sekali gus menjejaskan seluruh operasi.
Rayan jatuh ke dalam telaga sedalam 32 meter atau bersamaan lebih 100 kaki setelah bermain-main dengan kawannya pada Isnin 1 Februari lalu. Rayan yang tinggal di perkampungan kecil Ighrane, di wilayah Chefchaouen, Maghribi, adalah di antara ribuan kanak-kanak yang mengharapkan bekalan air bersih daripada telaga yang digali disekitar kawsan kediaman mereka.
Di Maghribi , menurut Moroco World News, penggalian telaga boleh dilakukan setelah mendapat kebenaran dan perlu melalui prosedur yang betul. Namun, banyak aduan diterima berhubung banyak telaga digali yang tidak mengambil kira ciri-ciri keselamatan. Berdasarkan laporan BBC World, bapa Rayan berkata beliau sedang membaiki telaga berkenaan sebelum kejadian.
Bukan sahaja Rayan, sebaliknya banyak lagi kisah yang sama seperti Rayan, terperangkap dalam terowong di dalam tanah, sempit dan mengharapkan bantuan. Antaranya tragedi yang menimpa adik Hassan Khader Al Zaalan, 10 tahun , di utara Idlib, Syria, Mac tahun lalu yang menghembuskan nafasnya di dalam sangkar terowong sendirian, selepas usaha 48 jam mengeluarkannya gagal. Malah di India, pada tahun 2019, Fatehveer Singh, 2 tahun maut dalam sebuah perigi setelah terjauh sedalam 33 meter. Dia berjaya dibawa keluar tapi malangnya, sudah tidak bernyawa setelah lima hari terperangkap.
Apa yang perlu dipelajari dalam kisah menyayat hati ini ialah nilai kemanusiaan yang masih menebal di hati manusia. Tidak kira usia, dan bangsa serta benua rasa kemanusiaan itu diperlihat dengan doa dan sokongan orang ramai. Terima kasih kepada teknologi yang bisa menyampaikan maklumat di depan mata, atas apa yang menimpa manusia di dunia.
Perkara lain yang boleh juga dipelajari ialah, keselamatan kanak-kanak di kawasan persekitaran permainan mereka atau juga kawasan perumahan. Kesilapan yang kecil boleh membawa maut bagi seseorang kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa-apa.
Dari sudut bekalan air bersih, ramai kanak-kanak pelarian dan juga negara membangun masih ada penduduknya, lebih tepat lagi kanak-kanak mendambakan air bersih. Namun, demi mendapatkan seteguk air untuk keluarga, menggali sendiri telaga membuatkan mereka alpa ciri-ciri keselamatan yang perlu dijaga.
Ya, benar bukan untuk menimbulkan isu tetapi demikian jugalah pengakuan ayah mangsa, berkata kepada media pada awal kejadian. Dalam kehidupan penuh terhimpit, dan dibandingkan mereka yang lain yang mudah mendapatkan sumber air, lagilah di dalam rumah, kisah Rayan sepatutunya menjadikan kita bersyukur dan bertuah.
Jeritan Rayan – keluarkan aku dari sini! sepatutnya membuka mata!