Meskipun kempen pemberian vaksin Polis di Gaza dilaporkan berjalan lancar, namun, ibu bapa masih tertanya-tanya bagaimana untuk selamatkan anak-anak mereka daripada dibom tentera Israel.
Demikian luahan seorang ibu di Gaza, Ghada Judeh ketika ditanya wartawan Aljazeera mengenai situasi semasa penduduk di semenanjung itu.
“Saya sudah memberikan mereka vaksin polio untuk melindungi mereka daripada virus berbahaya itu.
Tetapi saya tidak dapat lindung mereka daripada serangan udara melainkan anda (komuniti antarabangsa” tolong kami seperti mana anda tolong menghantar vaksin ini.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan negara haram Israel meningkatkan serangan di bandar Gaza dan Rafah ketika kempen pemberian vaksin polio sedang digerakkan di wilayah tengah semenanjung itu.
Kini, dilaporkan hampir 40,900 rakyat Palestin syahid manakala 94,291 lagi cedera sejak 7 Oktober 2023.
Sumber: Aljazeera
#TvPertiwi
Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.