Oleh Wartawan TV Pertiwi
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menggesa media tempatan berhenti mensensasikan isu membabitkan pasangan yang bercerai.
Setiausaha Agung UMNO itu berkata, walaupun perceraian tidak mendatangkan dosa namun ia perkara yang paling dibenci Allah.
“Cerai atau pun talak walaupun tidak berdosa tetapi paling dibenci Allah.
“Namun membuka aib pasangan bukan sahaja dibenci bahkan berdosa besar.
“Cukup-cukuplah media mensensasikan berita perceraian,” katanya menerusi coretan di Facebook miliknya hari ini.
Pelakon Fattah Amin semalam melafazkan cerai talak satu kepada isterinya, Nur Fazura Sharifuddin.
Fazura, 41, ketika ditemui media mendakwa pelakon filem “Pendekar Awang” itu tidak memberikan nafkah sepanjang perkahwinan mereka.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Fattah dan bersedia memberikan bukti terhadap nafkah yang sudah diberikannya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#AsyrafWajdi #Fattzura #cerai #Islam #talak