Ambil iktibar, Sultan Pahang titah segera akhiri kemelut GISB

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap kemelut yang melanda Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) tidak membabitkan negeri Pahang.

 

Sultan Pahang bertitah kemelut yang melanda GISB perlu segera diakhiri dengan kebajikan pelajar di maahad dan madrasah di negeri itu diberi perhatian.

 

“Belakangan ini kita sibuk dengan isu GISB yang mengejutkan satu Malaysia dan ini melibatkan kanak-kanak muda, anak-anak kita.

 

“Saya harap, saya berdoa supaya ini tidak berlaku di negeri Pahang. Saya tidak ingin berpanjang, sudah memadai kita membaca dalam akhbar-akhbar atau dalam berita.

 

“Anak-anak kita salah satu aset kepada negeri, kepada keluarga kita dan kepada masyarakat. Jangan kita sambil lewa sahaja,” titah baginda.

 

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika merasmikan Persidangan Pengetua dan Pengusaha Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok di Hotel Grand Darul Makmur hari ini.

 

Ujar baginda, pelajar di maahad dan madrasah di negeri itu perlu diberikan layanan baik sesuai dengan harapan ibu dan bapa mereka.

 

“Saya harap kita sama-sama renung dan tentukan kebajikan anak-anak di madrasah, maahad tahfiz, dan pondok akan terpelihara dengan sebaik mungkin.

 

“Saya sama sekali tidak akan mengizinkan perkara-perkara tidak bertanggungjawab serta mencemar nama baik agama Islam ini dibiarkan berlaku di negeri Pahang.

 

“Ini anak, ada ibu, ada ayah, bukan anak ayam. Jangan kita bagi layanan seperti ini. Anak ayam ada pembelanya dengan baik, penternak yang baik,” titah baginda.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

#TVPertiwi #GISB #Sultan Pahang #maahad #tahfiz

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

SPRM cadang larangan pegawai Imigresen di KLIA guna telefon bimbit

Next Post

Kontroversi GISB bukan isu terpencil, jangan dahului siasatan, kata peguam syarie

Related Posts