PDRM Siap Siaga Kerah Anggota & Pegawai Untuk Pilihan Raya Negeri

(Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan)
(Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan)

SELASA, 30 NOVEMBER – Seramai 9,356 anggota dan pegawai PDRM akan digerakkan bagi mengawal keselamatan dan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak bermula 6 Disember depan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata semua anggota dan pegawai membabitkan kontinjen Sarawak.

Sementara itu, beliau juga berkata, keanggotaan dari negeri berkenaan dilihat mencukupi, namun Bukit Aman bersedia menambah petugas jika diperlukan.

Menurut Mazlan, polis sudah bersiap sedia dan pihak mereka tidak mempunyai sebarang masalah menghadapi PRN Sarawak tidak lama lagi.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai tidak cuba mencetuskan kekecohan dan mematuhi SOP untuk memastikan PRN ini berjalan lancar.

Mengulas perkembangan lain, Mazlan berkata, sebanyak 2,596 Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan digerakkan di seluruh negara bagi memantau SOP PRN.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ku Li Bakal Bersara Selepas PRU-15

Next Post

Dong Zong Sarawak Kecam Jabatan Pendidikan Pahang

Related Posts