Oleh Wartawan TV Pertiwi
Ketua Polis Besut memaklumkan seorang pelajar tahfiz maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik malam tadi, lapor Sinar Harian.
Supt Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa Muhammad Fahim Rasyidi Shariful Hadi, 17, maut kira-kira 10.30 malam di sebuah pusat tahfiz di Jabi, Besut.
“Mangsa yang berasal dari Klang, Selangor dikatakan tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan elektrik ketika memegang mentol untuk pergi membasuh tangan di singki ketika hujan lebat.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, didapati pelajar lain sudah mengangkat mangsa masuk ke dalam kereta.
“Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba dan dibawa ke Hospital Besut sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.
Abdul Rozak berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI