JOHOR BAHRU, Jumaat – Sultan Johor Sultan Ibrahim bertitah perhimpunan jalanan sebagaimana dicadangkan oleh seorang pemimpin DAP, bukannya cara bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian yang membina.
Menerusi hantaran di Facebook, baginda bertitah suara atau pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat boleh disampaikan kepada kerajaan menerusi pelbagai forum lain.
Baginda berkata demonstrasi yang diadakan pada tahun 1969 dan perhimpunan Bersih dahulu tidak mencapai sebarang matlamat selain mengakibatkan kekecohan yang bukan menunjukan cara negara ini.
Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa undang-undang negara perlu dihormati dan elakan membuat kenyataan berbaur hasutan kerana ianya tidak membantu sedangkan terdapat banyak saluran yang lebih membina untuk menyuarakan pandangan.
Baginda bertitah perhimpunan jalanan juga akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara menakutkan pelabur asing dan merencatkan permulihan negara daripada pandemik Covid-19.
Terdahulu anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali mengajak rakyat berhimpun sebagai tanda protes susulan kenaikan kos sara hidup.
Kenyataan itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub menafikan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak secara keseluruhan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/