ISNIN, 20 DISEMBER – Lapan unit kediaman di tingkat lima Flat Sri Johor Blok 31, Cheras, musnah dalam kebakaran malam tadi.
Komander Operasi Kanan Pusat Gerakan Operasi Bomba Dan Penyelamat, Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata;
“… pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.17 malam.”
Beliau berkata, kejadian itu dipercayai bermula di bahagian tengah blok perumahan flat berkenaan, sebelum merebak di keseluruhan tingkat empat.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim turut meninjau kejadian itu.
Perdana Menteri berkata, lapan keluarga di flat berkenaan juga bakal menerima rumah baharu yang akan disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri berkata :
“…seperti yg saya umumkan pagi tadi…jadi dbkl akan sediakan tempat baru untuk mereka…”
Ismail Sabri berkata, bomba sedang menjalankan siasatan ke atas kediaman membabitkan 32 keluarga di tingkat tiga flat berkenaan bagi menentukan sama ada ia boleh diduduki semula.
Setakat ini, pihak bomba masih menjalankan siasatan punca sebenar kebakaran.
Dalam pada itu, tiada mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian itu.