Isham nafi pernah sokong DAP

Oleh Azzman Jamal

 

BANGI, KHAMIS – Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menafikan dakwaan kononnya beliau menyokong kerjasama UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) ketika pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan hanya mula mengkritik DAP selepas ‘kehilangan’ jawatan Ketua Penerangan.

 

Dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebooknya semalam, Isham menegaskan bahawa beliau seperti akar umbi UMNO ‘original’ tidak pernah menyokong DAP dan menganggap kerjasama antara UMNO dengan parti itu adalah pengkhianatan kepada orang Melayu.

 

Menurut Isham, disebabkan memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO sebelum ini, beliau ditugaskan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berdialog kepada akar umbi mengenai pembentukan kerajaan bersama PH.

 

Bagaimanapun, Isham jelaskan bahawa ini bukan bermakna beliau menyokong kerjasama itu, sebaliknya hanya menjalankan tugas untuk menjelaskan mengapa pembentukan itu berlaku sedemikian.

 

“Dan pada ketika itu saya ingat Zahid memang ada SD (akuan bersumpah) yang semua ahli Parlimen UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

“Tetapi sebenarnya barulah kini kita tahu Zahid sendiri mengaku yang dia hanya ada tiga dokumen perjanjian kontrak dengan calon-calon pilihan raya, bukannya SD Ahli Parlimen untuk menyokong seseorang sebagai Perdana Menteri,” katanya.

 

Mengulas lanjut, Isham berkata, kritikan terhadap DAP tidak bermula selepas beliau kehilangan jawatan Ketua Penerangan, sebaliknya jawatan itu diserahkan semula kepada parti kerana ingin bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi. 

 

“Perkara ini telah saya maklumkan kepada Majlis Tertinggi dan Presiden UMNO sebelum pemilihan parti sebelum ini.

 

“Walaupun menang, selepas pemilihan UMNO saya telah tolak beberapa jawatan Lembaga Pengarah GLC apabila ditawarkan dan ramai saksi hidup ada dan boleh akui perkara ini, tambah beliau.

 

Pada masa sama, Isham juga akui pernah mengkritik Perikatan Nasional (PN) namun ‘pertelingkahan’ itu hanya bersifat profesional dan tiada serangan peribadi dari mana-mana pihak.

 

“Kini ada yang sengaja sebar video-video lama dengan niat jahat mereka untuk melagakan saya dan PN.

 

“Lain kali cuba cari video Anwar dan DAP selama 25 tahun kutuk UMNO dan Hoi Ya Hoi pula, baru sedap kita buat perbandingan,” tambahnya.

 

Sumber: FB Isham Jalil

 

#TvPertiwi

 

Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.

 

Klik : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiada Sijil Halal, tetapi bahan mentah dari pembekal halal

Next Post

OPR kekal pada 3% – BNM

Related Posts