Tarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan

 

KUALA LUMPUR, Jumaat – Kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung serta harga ayam di pasaran negara tidak akan diapungkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kadar elektrik dan air kekal seperti sekarang dan kerajaan akan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata pengekalan tarif berkenaan perlu dibuat di tengah-tengah berlakunya peningkatan kos bahan api dan kos penjanaan lain.

Tambahnya lagi pemberian rebat dua sen per kilowatt jam dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri berkata harga siling ayam baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Menurutnya, keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup.

Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tidak Perlu Ikut Perasaan, Guna Saluran Yang Betul

Next Post

RM40,000 Elaun Pengerusi FGV Naik, Pengarah Dapat RM12,500 Sebulan

Related Posts