KUALA LUMPUR, Jumaat – Perhimpunan demonstrasi protes merupakan salah satu cara agresif yang tidak patut dilakukan oleh masyarakat kepada kerajaan.
Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun berkata masyarakat tidak perlu membuat keputusan yang terlalu mengikut perasaan dan emosi untuk berhimpun membuat protest di Kuala Lumpur.
Beliau berkata kerajaan tidak tidur maka perlulah bijak dalam menyuarakan pandangan dan bukan mengadakan perhimpunan yang boleh membuatkan kekecohan.
“…jadi saya rasa eloklah dahulu, tidaklah membuat satu tindakan yang cuba untuk mengungut kerajaan, dan ini adalah tidak elok dalam keadaan yang tuanku sendiri menyebut masalah pandemik covid-19, dengan keadaan sekarang ini dengan polemik kehendak ‘politician’ adalah begitu juga DAP, cara – cara agresif…”
SHAHBUDIN EMBUN / Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM)
Beliau berkata sekiranya perhimpunan tersebut diadakan maka ia menunjukkan bahawa rakyat protes terhadap kerajaan dan itu merupakan cara yang tidak betul dalam menyuarakan pandangan.
Katanya, perhimpunan protes itu merupakan budaya barat dan tidak perlu terlalu mengikut kerana terdapat banyak saluran untuk menyuarakan pandangan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/visa-furada-berhati-hati-jangan-sampai-duit-hangus/