GEORGETOWN, Jumaat – Parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan rakan lain perlu menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalam keadaan politik negara yang tidak stabil terutamanya dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan rakan lain perlu menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalam keadaan politik negara yang tidak stabil terutamanya dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15
Menurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff penyatuan ummah mampu mengelakkan tragedi 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan pasca PRU14 berulang.
Menerusi kenyataan beliau, Muhammad Fauzi berkata kelalaian Melayu islam di Pulau Pinang yang tidak menjalinkan hubungan penyatuan ummah, sudah semestinya untuk menjatuhkan DAP serta Pakatan Harapan hanyalah omongan kosong.
Justeru, PAS Pulau Pinang yakin bahawa usaha penyatuan ummah ini memerlukan kesungguhan jiwa yang besar serta sikap toleransi dan sabar demi mencapai kesejahteraan.
Terdahulu, PAS menegaskan bahawa parti itu menolak idea ‘khemah besar’ dan memfokuskan kepada agenda penyatuan ummah ekoran ianya tersasar dari agenda penyatuan ummah dan cadangan itu hanya memberi nyawa kepada PH semata-mata.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/21/umno-dalam-bahaya-jika-terus-beri-muka-pada-mca-ridhuan-tee/