KUALA LUMPUR, Jumaat – Elaun pengerusi bukan eksekutif FGV Holdings Bhd (FGV) dinaikkan kepada RM40,000 sebulan, berbanding RM25,000 sebelum ini, antara 13 resolusi diluluskan majoriti pemegang sahamnya dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu.
Elaun pengerusi bukan eksekutif FGV Holdings Bhd (FGV) akan dinaikkan daripada RM25,000 kepada RM40,000 sebulan.
Ia adalah di antara 13 resolusi diluluskan majoriti pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu.
FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, AGM itu dilakukan sepenuhnya secara maya pada Khamis, menyaksikan semua resolusi dibentang untuk pertimbangan telah diluluskan pemegang saham.
“Semua 13 resolusi ditetapkan pada notis AGM ke-14 bertarikh 28 April 2022, dibentangkan pada AGM telah diluluskan.”
FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING BERHAD (FGV)
Perkara itu dilaporkan oleh Berita Harian dan menurut laporan Notis AGM itu, Imbuhan pengarah bukan eksekutif FGV bagi tempoh sama juga naik daripada RM120,000 kepada RM150,000 atau daripada RM10,000 sebulan kepada RM12,500 sebulan.
Manakala elaun pengerusi bukan eksekutif FGV dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM480,000 atau bersamaan RM25,000 sebulan kepada RM40,000 sebulan bagi tempoh setahun, bermula 24 Jun 2022 hingga AGM akan datang.
Selain itu, AGM semalam turut meluluskan pemberian kereta syarikat untuk kegunaan pengerusi dengan perbelanjaan kemudahan kenderaan tahunan sebanyak RM180,000 berbanding elaun kereta syarikat sebanyak RM15,000 sebulan termasuk petrol, tol dan penyelenggaraan sebelum ini.
Elaun perniagaan rasmi turut diberikan kepada pengerusi bukan eksekutif dan pengarah bukan eksekutif FGV sebanyak RM1,000 sehari bagi menghadiri mesyuarat dengan wakil kerajaan atau pihak ketiga seperti perunding, jurubank dan penasihat bagi pihak syarikat dengan laporan rasmi kepada Lembaga Pengarah atau Lembaga Jawatankuasa atau lawatan rasmi ke projek dan atau rujukan tapak untuk menasihati pengurusan atau syarikat.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/