Zuraida Masih Mahu Menjadi Menteri

 

PUTRAJAYA, Isnin – Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin berharap pertemuannya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membawa perkhabaran baik berhubung kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin berharap pertemuannya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membawa perkhabaran baik berhubung kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Zuraida berkata beliau berharap jawatan itu kekal supaya dapat menyelesaikan segala program dan perancangan kementerian diterajuinya.

“…I hope good news kekal jawatan untuk dihabiskan program atau rancangan yang telah saya mulakan, dan untuk stabilize kan negara dan juga kabinet. Jadi dapatlah kita sempurnakan apa yang kita rancangkan dapat dilaksanakan, ada few more programs yang belum lagi dapat dilaksanakan sudah dalam perancangan tengah diperingkat implementation jadi itulah kalau terus in shaa allah boleh dilaksanakan…”

DATUK ZURAIDA KAMARUDDIN / Ahli Parlimen Ampang

Sebelum ini media melaporkan Ismail Sabri akan bertemu Zuraida pda minggu ini bagi membincangkan kedudukan bekas Ketua Wanita PKR itu dalam Kabinet selepas ahli parlimen Ampang itu bertindak keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Dalam pada itu, PBM meminta Ismail Sabri menimbangkan jawatan Zuraida dikekalkan kerana beliau menunjukkan prestatsi yang memberansangkan sepanjang menjadi menteri tersebut.

Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/20/pas-utamakan-penyatuan-ummah-tolak-khemah-besar/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lupus Kenderaan Lebih 10 Tahun Belum Sesuai Dilaksanakan

Next Post

Malaysia Hantar Wakil Khas ke India Sampaikan Pandangan Negara

Related Posts