PUTRAJAYA, Isnin – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghantar wakil khasnya untuk bertemu Perdana Menteri India, Narendra Modi bagi menyampaikan sendiri pandangan Malaysia berhubung isu menghina Nabi Muhammad SAW.
“Setakat ini difahamkan utusan khas berkenaan belum dapat lagi mengadakan pertemuan secara rasmi dengan Perdana Menteri India. Perdana Menteri mengambil tindakan itu supaya pandangan kita dapat disampaikan sendiri ke pihak tertinggi kerajaan India.”
DATUK SERI SAIFUDDIN ABDULLAH / Menteri Luar
Wakil khas Perdana Menteri Malaysia dihantar untuk bertemu dengan Perdana Menteri India, Narenda Modi berhubung isu penghinaan Nabi Muhammad SAW yang berlaku di negara itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu diambil bagi menyampaikan pandangan Malaysia berhubung isu berkenaan.
Selain itu, kementeriannya telah memanggil Pesuruhjaya India di Kuala Lumpur ke Wisma Putra bagi menyampaikan nota protes berkaitan hal itu pada 7 Jun lepas.
“Kementerian Luar negeri telah memanggil pesuruhjaya India di Kuala Lumpur ke wisma putra dan kita telah menyampaikan nota protes kepada beliau dan beliau juga telah menerangkan bahawa kerajaan India telah mengambil Tindakan yang cepat kedua-dua yang terlibat telah dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka dan kerajaan India mengatakan bahawa itu bukan pendirian rasmi kerajaan.”
Baru-baru ini, dua jurucakap BJP yang mentadbir India telah mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad dan isteri baginda Saidatina Aisyah.
Perkara itu telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, terutama di Asia Barat yang mengutuk tindakan itu sehingga terdapat pusat beli-belah yang memunggah keluar produk India daripada rak jualan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/20/lupus-kenderaan-lebih-10-tahun-belum-sesuai-dilaksanakan/