PUTRAJAYA, Isnin – Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin berharap pertemuannya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membawa perkhabaran baik berhubung kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin berharap pertemuannya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membawa perkhabaran baik berhubung kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Zuraida berkata beliau berharap jawatan itu kekal supaya dapat menyelesaikan segala program dan perancangan kementerian diterajuinya.
“…I hope good news kekal jawatan untuk dihabiskan program atau rancangan yang telah saya mulakan, dan untuk stabilize kan negara dan juga kabinet. Jadi dapatlah kita sempurnakan apa yang kita rancangkan dapat dilaksanakan, ada few more programs yang belum lagi dapat dilaksanakan sudah dalam perancangan tengah diperingkat implementation jadi itulah kalau terus in shaa allah boleh dilaksanakan…”
DATUK ZURAIDA KAMARUDDIN / Ahli Parlimen Ampang
Sebelum ini media melaporkan Ismail Sabri akan bertemu Zuraida pda minggu ini bagi membincangkan kedudukan bekas Ketua Wanita PKR itu dalam Kabinet selepas ahli parlimen Ampang itu bertindak keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Dalam pada itu, PBM meminta Ismail Sabri menimbangkan jawatan Zuraida dikekalkan kerana beliau menunjukkan prestatsi yang memberansangkan sepanjang menjadi menteri tersebut.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/20/pas-utamakan-penyatuan-ummah-tolak-khemah-besar/