KUALA LUMPUR, Ahad – Idea khemah besar yang disifatkan untuk memfokuskan kepada Penyatuan Ummah ditolak oleh PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata prinsip PAS mengenai penyatuan ummah adalah jelas iaitu kerjasama politik yang menguatkan umat Islam.
“PAS berdiri teguh dengan prinsip kerjasama politik yang menguatkan dulu umat Islam, pada masa sama berdiri di satu perikatan dengan parti bukan Islam yang tidak ekstrim dan menjulang prinsip Perlembagaan Persekutuan. Kita tidak akan berhenti menyeru seluruh parti Melayu Islam baik UMNO dan BERSATU untuk bersama-sama dalam membina semula negara dan memperkukuhkan umat Islam,”
DATUK MOHD AMAR ABDULLAH / Naib Presiden PAS
Beliau menegaskan bahawa prinsip parti itu yang sebagaimana termaktub dalam Perlembagaannya juga adalah jelas bahawa Islam yang paling utama.
Katanya, bagi menghadapi Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018 hingga 2019, PAS menggerakkan usaha muafakat ummah sebagai ikhtiar menguatkan akar politik Melayu Islam yang semakin goyah.
Beliau berkata usaha ini adalah untuk Islam serta prinsip kestabilan kerajaan yang dipegang PAS.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata sejak kebelakangan ini, PAS juga menyedari situasi semasa umat Islam yang semakin dihimpit dengan cabaran yang banyak dari pelbagai aspek.
Katanya, parti itu dengan segenap kemampuan yang ada menggerakkan usaha memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) untuk meneruskan agenda menerusi penyatuan ummah rentas ideologi dan parti politik.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/19/saya-yakin-dengan-bersatu-rashid-hasnon/