Hina Nabi Muhammad SAW: Polis Siasat Isu Video Tular

KUALA LUMPUR 2 JULAI 2021 – Temubual Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan di Menara 2 Bukit Aman di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: MASZUREEN / AINA UTUSAN JENAYAH

KUALA LUMPUR, Rabu – Polis menyiasat rakaman video TikTok tular yang memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil di Batu Caves dan menyatakan sokongan terhadap penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

“Rakaman video berdurasi satu minit 18 saat itu mendapat 16,000 tontonan, 302 komen dan turut dikesan tular melalui aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp”

Polis menyiasat rakaman video TikTok tular yang memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil di Batu Caves dan menyatakan sokongan terhadap penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan berhubung video itu yang dimuat naik menggunakan nama @ganggarammahto280.

Katanya, dalam video itu individu berkumpul menyatakan pendirian mereka menyokong tindakan ahli politik India yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Jelas kenyataan itu juga, Rakaman video berdurasi satu minit 18 saat itu mendapat 16,000 tontonan, 302 komen dan turut dikesan tular melalui aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp.

Siasatan berhubung video berkenaan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman dan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau golongan awam.

Pautan FB : https://fb.watch/dFj3YoKnk5/

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/15/afghanistan-russia-sedia-pertimbang-iktiraf-kerajaan-taliban/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Keluarga Adib Tarik Rayuan Komital Terhadap Tommy Thomas

Next Post

Lelaki Dituduh Bunuh Ibu Yang Badannya Dikerat 15

Related Posts