KUALA LUMPUR, Rabu – Polis menyiasat rakaman video TikTok tular yang memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil di Batu Caves dan menyatakan sokongan terhadap penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.
“Rakaman video berdurasi satu minit 18 saat itu mendapat 16,000 tontonan, 302 komen dan turut dikesan tular melalui aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp”
Polis menyiasat rakaman video TikTok tular yang memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil di Batu Caves dan menyatakan sokongan terhadap penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan berhubung video itu yang dimuat naik menggunakan nama @ganggarammahto280.
Katanya, dalam video itu individu berkumpul menyatakan pendirian mereka menyokong tindakan ahli politik India yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.
Jelas kenyataan itu juga, Rakaman video berdurasi satu minit 18 saat itu mendapat 16,000 tontonan, 302 komen dan turut dikesan tular melalui aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp.
Siasatan berhubung video berkenaan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman dan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau golongan awam.
Pautan FB : https://fb.watch/dFj3YoKnk5/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/15/afghanistan-russia-sedia-pertimbang-iktiraf-kerajaan-taliban/