KUALA LUMPUR, Rabu – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Parit Buntar hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya yang 15 keratan bahagian badannya ditemukan dalam tangki kumbahan di sebuah rumah.
Ng Yu Lim, 42 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Parit Buntar, Perak hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya kepada 15 keratan badan, bulan lalu.
Tertuduh, didakwa membunuh Ong Suan Bee, 68 tahun, di sebuah rumah di Taman Kerian, antara pukul 2.30 pagi hingga 3 pagi, 26 Mei lepas. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 3-0-2 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Yan Ni manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Julai bagi mendapatkan laporan perubatan.
Pada 4 Jun lepas, polis menahan tertuduh susulan penemuan potongan daging menyerupai anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan rumah itu dan turut merampas sebilah parang, dua pisau serta barang-barang lain.
Bau busuk membawa kepada penemuan 15 keratan bahagian badan seorang wanita warga emas dalam tangki kumbahan. Semakan mendapati tertuduh pernah mendapat rawatan sakit mental di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang, 20 tahun lalu.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/15/hina-nabi-muhammad-saw-polis-siasat-isu-video-tular/