KHAMIS, 13 JANUARI – Dalam pada itu, Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK), Doktor Ihsanuddin Abbas, percaya perbuatan ini berlaku disebabkan wujud permintaan dan bekalan yang membuka ruang kepada tindakan tidak beretika itu.
Tegas beliau, mengeluarkan sijil palsu vaksin adalah suatu tindakan yang mengancam dari sudut individu dan kesihatan awam.
DR Ihsanuddin Abbas, Ketua Unit Kesihatan Awam I-MEDIK berkata :
“…Dalam keadaan seperti ini dia biasa berlaku based on supply and demand maksudnya bila ada demand di sana pastinya ada peluang untuk melakukan sesuatu yang dalam keadaan ni dia tidak beretika…”
“Situasi sebegini tidak patut berlaku kerana tindakan membuat sijil palsu untuk vaksin ni suatu tindakan yang mengancam dari sudut individu dan kesihatan awam dengan keadaan kita lebih-lebih lagi pandemic covid-19 yang melibatkan kematian ribuan rakyat malaysia dan juga ramai yang mendapat komplikasi penyakit disebabkan jangkitan covid-19 jadi segala usaha kerajaan untuk mengekang segala penyakit dengan kawalan pergerakan aktiviti sosial yang terkini sepatutnya disokong oleh semua pengamal perubatan dengan baik tidak kira dia berada dalam kerajaan ataupun swasta dan kita lihat peranan swasta pun besar yang mana mereka juga terlibat dalam pemberian vaksin dan dalam kes ini klinik berkenaan merupakan salah satu tempat pemberian vaksin.”
Sehubungan itu katanya, siasatan secara menyeluruh perlu dijalankan dengan mengambil kira aspek sistem pengesahan vaksin melalui aplikasi My Sejahtera bagi menyekat golongan yang cuba menipu vaksinasi.
“Sebenarnya kita perlu lihat juga siasatan ni perlu secara menyeluruh bukan sekadar melihat kepada amalan Dr tadi tetapi juga bagaimana sistem yang berkaitan ini menyokong dan juga menyelamatkan daripada adanya ruang salah guna ni walaupun ada kad vaksin pengesahan vaksin sepatutnya My sejahtera syncronize dengan sistem My sejahtera dan pemantaun penguatkuasaan melalui Mysejahtera sepatutnya menyekat golongan yang cuba menipu vaksin ini lebih awal lagi.”