Gesa batal Festival Muzikal Air, kembalilah kepada budaya kita

BANGI, 25 SYAABAN – Kerajaan digesa membatalkan penganjuran Festival Muzikal Air yang menyerupai festival Songkram Thailand yang dijangka pada Mei ini.

Songkram ialah festival Tahun Baru tradisional Thailand yang diraikan dari 13 hingga 15 April setiap tahun. Ia juga diraikan di Laos, Kamboja, Myanmar, dan daerah Yunnan di Tiongkok.

Aktivis masyarakat, Haji Omar Kassim berkata, festival ini bukan sebahagian daripada budaya Malaysia dan boleh menjejaskan nilai serta adat resam tempatan.

“Batal dan tinggalkanlah dan kembali kepada budaya kita,” tegasnya.

Menurut Haji Omar, festival seumpama ini berisiko menjadi pesta besar yang menggabungkan perayaan air dengan pengambilan alkohol, muzik kuat, dan parti di jalanan atau hotel.

“Ramai yang mengambil peluang untuk minum arak secara terbuka dan berlebihan. Ini boleh membawa kepada tingkah laku tidak senonoh, kemalangan mabuk, pergaulan bebas dan kemungkinan aktiviti seksual di luar nikah,” jelasna.

Beliau turut menegaskan, pengaruh budaya Barat dan komersialisasi semakin jelas. Festival seumpama ini sering dijadikan pesta mirip spring break, sementara unsur spiritual semakin dipinggirkan.

Haji Omar menyeru masyarakat menghormati budaya tempatan dan menolak pengaruh asing yang boleh mencemari nilai dan adat resam Malaysia.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa acara Festival Muzikal Air yang seakan Festival Songkran dan dijangka dianjurkan pada Mei ini akan disesuaikan mengikut budaya tempatan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak berkaitan akan menyesuaikan penganjuran acara berkenaan bagi memastikan kontroversi dan polemik negatif dapat dielakkan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isham tidak sabar dengar peguam Bloomberg soal balas Azam

Next Post

Jawatankuasa khas siasat dakwaan berkaitan Azam Baki

Related Posts