“Kenapa tak buat laporan SPRM?” – Haniff Khatri persoal Rafizi

BANGI, 17 JAMADILAKHIR – Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla mempersoalkan bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli kerana tidak membuat laporan SPRM apabila mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan agensi untuk mempengaruhi pemilihan PKR pada Mei lepas. 

Malah, Haniff turut mengkritik Rafizi kerana tidak membangkitkan perkara tersebut ketika memegang jawatan Menteri, sebaliknya hanya mendedahkannya baru-baru ini, selepas tujuh bulan ia berlaku.

“Persoalan kepada Rafizi adalah, kenapa beliau tidak membuat aduan kepada SPRM pada Mei atau sekurang-kurangnya selepas dia meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi pada hujung Jun? Kenapa tidak?

“Kenapa kita takut membuat perkara yang betul. Bagaimanakah rakyat hendak menerima prinsip politik anda sekiranya tidak mengambil langkah yang betul pada masa yang perlu?

“Rakyat tidak boleh menerima sifat politik seperti ini iaitu apabila kita mempunyai jawatan, kita berdiam diri,”  katanya dalam video yang dimuat naik dalam akaun Facebook beliau.

Terdahulu, Haniff berkata, pendedahan Rafizi dalam siaran podcast baru-baru ini memberi gambaran bahawa Anwar mempunyai keakraban dengan SPRM dan menggunakan bantuan agensi itu untuk urusan dalaman parti semasa pemilihan PKR pada Mei 2025.

Haniff berkata, sekiranya apa yang dikatakan Rafizi benar, terdapat asas untuk menyiasat Anwar berkaitan dengan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM. 

“Soalan sama ada SPRM akan membantu menyiasat atau tidak, itu soalan kedua. 

“Institusi atau agensi yang diberi kuasa menyiasat perkara salah guna kuasa adalah SPRM. Justeru, sesiapa yang wajar membuat laporan, nak atau tak, buat laporan dahulu,”

Rafizi dalam siaran podcast baru-baru ini mendakwa beberapa ahli PKR terutama yang menentang kem Nurul Izzah Anwar disiasat oleh SPRM. 

Rafizi turut mendakwa bahawa rumah seorang Ketua Cabang PKR dikepung oleh SPRM sebelum bekas timbalan Presiden PKR itu menelefon Anwar untuk bertanya mengenai perkara tersebut.

Haniff berkata, individu pertama yang sepatutnya membuat laporan ialah ketua Cabang – yang  mendakwa rumahnya dikepung SPRM – manakala individu ialah Rafizi.

Katanya, laporan oleh Rafizi adalah lebih penting kerana ia berkaitan dakwaan salah guna kuasa oleh Anwar sebagai seorang Perdana Menteri.

“Kerana beliau yang mengatakan dan menghuraikan kandungan perbualan telefon dengan Anwar pada 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Bila PM asyik cakap politik, orang jadi meluat” – Sanusi

Next Post

Penyatuan Melayu tidak bermakna tanpa pengisian jelas

Related Posts