Mohon reman, polis bawa Zamri Vinoth ke mahkamah

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 27 RAMADAN — Ketua Polis Negara (KPN) mengesahkan pendakwah bebas Zamri Vinoth ditahan petang semalam kerana disyaki menggugat ketenteraman awam. 

 

Tan Sri Razarudin Husain berkata Zamri ditahan 3.30 petang di Kangar, Perlis ekoran kiriman yang dimuat naik di laman Facebook, lapor Berita Harian. 

 

“Lelaki berusia 41 tahun itu dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar sebelum dibawa ke Mahkamah Kangar hari ini untuk mendapat perintah reman.

 

“Berikutan itu, kita membuka siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

“Tindakan lanjut turut dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkaitan akaun Facebook milik Zamri,” katanya.

 

Beliau berkata telefon Zamri turut dirampas untuk siasatan lanjut selepas pihak polis menerima laporan berhubung kenyataan pendakwah itu.

 

Katanya, seorang penganggur berusia 62 tahun membuat laporan polis petang kelmarin selepas terbaca komen Zamri di media sosial.

 

“Sebanyak 24 soalan ditanya ketika soal siasat dijalankan dan orang yang disyaki menjawab semua soalan yang dikemukakan,” katanya. 

 

Zamri disiasat berhubung kenyataannya mengulas hasil rundingan berkaitan penempatan semula tapak sebuah kuil di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

1 kanak-kanak dibunuh di Gaza setiap 45 minit

Next Post

SKMM dijangka minta META tutup kumpulan Facebook pantau binaan rumah ibadat haram

Related Posts