Belanjawan 2025: 50 ekar projek strategik Bandar Malaysia jadi Tanah Rizab Melayu

BANGI, Jumaat – Kerajaan bersetuju untuk menjadikan 50 ekar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia diperuntukan sebagai Tanah Rizab Melayu.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, langkah itu hanya sebagai permulaan dalam mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang sesuai bagi memastikan aspek pembangunan tidak mengabaikan kesimbangan sosioekonomi jangka panjang di kawasan bandar,

 

“Buat pertama kalinya dalam sejarah, kerajaan Madani bersetuju supaya 50 ekar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia diperuntukkan sebagai Tanah Rizab Melayu.

 

“Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) akan terus meningkatkan  kerjasama membangun tanah rizab Melayu dalam projek perumahan mampu milik, penginapan pelajar dan pembangunan komersial,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sesi Pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PM tunai tuntunan NASIONALIS, RM50 juta untuk DBP

Next Post

Belanjawan 2025 berjumlah RM421 bilion

Related Posts