Boikot majlis KPKT wajar diteruskan sebagai pengajaran – Firdaus Wong

BANGI, 13 JAMADILAWAL – Majlis makan malam anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) wajar terus diboikot oleh media yang bermaruah, sebagai mesej jelas agar menterinya, Nga Kor Ming menghormati wartawan yang menjalankan tugas.

Pemilik The Merdeka Times (TMT), Firdaus Wong Wai Hung menegaskan, tindakan tegas itu penting bagi mempertahankan maruah media selepas insiden ugutan Kor Ming terhadap wartawan Utusan Malaysia baru-baru ini.

“Jangan bagi peluang ‘photo ops’ kepadanya seolah-olah murahnya maruah media ini. Bagi makan, settle dan dia jadi adiwira semula.

“Ingat, kemaafan boleh diberi tetapi jangan lupakan pengajaran dari insiden ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurut Firdaus, pihak KPKT mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya laporan media tidak tepat, namun sama sekali tidak mempunyai hak untuk mengugut mana-mana wartawan.

“Alangkah baiknya andaikata dia terus meminta maaf selepas insiden itu daripada menunggu Datuk Bandar Kuala Lumpur dan KPKT keluarkan kenyataan, kemudian disusuli justifikasi demi justifikasi dari dirinya sendiri dan selepas beberapa hari baru meminta maaf,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa ini bukan kali pertama pemimpin daripada kelompok sama mengeluarkan kenyataan bersifat menghina atau menyinggung kaum lain.

“Saya tidak lupa bagaimana M. Kulasegaran memanggil orang Melayu pendatang, P. Waythamoorthy pula menyalahkan polis dalam rusuhan di Seafield, manakala V. Ganabatirau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

“Awal-awal, semua menafikan, tetapi selepas desakan, mereka juga meminta maaf. Skrip sama yang diulang-ulang,” katanya.

Sebelum ini, tular rakaman video menunjukkan Kor Ming berang apabila wartawan Utusan Malaysia bertanya mengapa tema projek pencahayaan bandar ‘I Lite U’ di ibu negara menggunakan bahasa Inggeris dan bukan bahasa kebangsaan.

Kor Ming kemudian dilaporkan berkata, “Awak dari media mana? Saya akan hubungi editor awak,” yang disifatkan sebagai ugutan terhadap kebebasan media.

Susulan kecaman pelbagai pihak termasuk daripada tokoh wartawan dan NGO, Kor Ming akhirnya memohon maaf atas tindakannya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hutang cecah RM1 trilion, di mana untungnya perjanjian AS-Malaysia?

Next Post

Gelombang trauma psikologi di Gaza selepas gencatan senjata

Related Posts