Kerajaan belanja RM8.4 juta untuk lencana Jalur Gemilang

BANGI, 18 SAFAR – Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM8.4 juta bagi perolehan lencana Jalur Gemilang kepada pelajar sekolah di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, peruntukkan itu meliputi 5.14 juta pelajar di sekolah, kolej matrikulasi, Kolej Tingkatan 6 dan institut pendidikan guru (IPG) dengan setiap orang diberikan dua lencana.

“Peruntukan ini telah disalurkan kepada semua jabatan pendidikan negeri (JPN) dan institusi pendidikan yang berkenaan pada Februari.

“Proses perolehan dilaksanakan oleh JPN dan pejabat pendidikan daerah (PPD) serta insitutsi berkenaan melalui sistem ePerolehan sama ada secara tender atau sebut harga tertakluk kepada peruntukan yang diterima,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman yang meminta kementerian menjelaskan kos ditanggung kerjaaan untuk membekalkan lencana Jalur Gemilang kepada semua murid di bawah institusi KPM serta syarikat yang membekalkannya.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, JPN juga diberi kebenaran untuk melaksanakan perolehan mengikut zon bagi menyegerakan proses pembekalan dan menggalakkan penyertaan lebih ramai pembekal yang layak.

Katanya, sebanyak 91 pembekal terlibat dalam membekalkan lencana itu seluruh negara.

“KPM telah menyediakan garis panduan ketika memakai lencana Jalur Gemilang kepada semua institusi pendidikan bawah KPM.

“Walaubagaimanapun, ibu bapa diberi keluwesan dalam menyediakan lencana Jalur Gemilang tambahan bersaiz sama dengan bahan yang bersesuaian,” tambahnya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RMK-13: Masa Depan Kerjaya Berasaskan Analisis Data

Next Post

31 kes buli di 8 universiti awam sepanjang 11 tahun lalu

Related Posts