Pelarasan gaji minimum RM1,700 sebulan berkuat kuasa sepenuhnya 1 Ogos ini

BANGI, 26 MUHARRAM – Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 sebanyak RM1,700 sebulan akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Ogos ini membabitkan semua majikan di seluruh negara, tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan.

Kadar baharu ini diumumkan dalam Belanjawan 2025 dan mula dilaksanakan pada 1 Februari 2025 bagi majikan yang mempunyai lima orang pekerja dan ke atas serta bagi majikan yang menjalankan aktiviti profesional seperti diklasifikasikan di bawah Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) 2020.

“Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, satu tempoh penangguhan pelaksanaan selama enam bulan telah diberikan dan akan tamat pada 31 Julai ini. 

“Ini bermakna, bermula 1 Ogos 2025, semua majikan tanpa pengecualian, termasuk mereka yang sebelum ini menikmati tempoh penangguhan, perlu mematuhi perintah gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan. 

“Ini termasuk untuk pekerja bukan warga negara dan pekerja kontrak perantisan, namun tidak terpakai kepada perkhidmatan domestik. Semua majikan diwajibkan mematuhi kadar minimum ini bagi memastikan hak pekerja dilindungi selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,” kata Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, KESUMA meminta semua majikan menyemak semula struktur gaji syarikat bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji pokok di bawah kadar minimum yang ditetapkan.

Selain itu mengikut KESUMA, majikan perlu membuat penyesuaian operasi secara progresif dengan memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan pelaburan dalam latihan kemahiran pekerja.

“KESUMA ingin mengingatkan bahawa kegagalan mematuhi Perintah Gaji Minimum merupakan satu kesalahan di bawah, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 ([Akta 732).

“Jika disabitkan kesalahan, majikan boleh dikenakan denda hingga RM10,000 bagi setiap pekerja, denda tambahan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, dan bagi kesalahan berulang, denda maksimum boleh mencecah RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun,” kata KESUMA.

KESUMA turut menggalakkan majikan untuk memanfaatkan DGP yang bersifat sukarela dan bertindak sebagai pelengkap kepada pelaksanaan gaji minimum. 

Melalui DGP, KESUMA berkata majikan berpeluang meningkatkan pendapatan pekerja berdasarkan produktiviti, kemahiran dan sumbangan kerja, sambil menikmati insentif tunai bersasar daripada kerajaan.

“Ini bukan sahaja membantu syarikat mengekalkan pekerja berkemahiran tinggi, malah mengukuhkan daya saing jangka panjang dalam pasaran buruh yang semakin mencabar. 

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pelaksanaan PGM boleh dikemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di seluruh negara atau melalui laman rasmi KESUMA.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan gaji minimum, boleh layari: www.minimumwages.mohr.gov.my. Bagii memahami potensi dan penyertaan dalam Dasar Gaji Progresif, majikan boleh melayari: www.gajiprogresif.gov.my.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengguna TikTok disiasat muat naik tuduhan palsu terhadap PM – SKMM

Next Post

Batu Puteh: Dr Mahathir salah tapi tiada tindakan kerana usianya – Anwar

Related Posts