Menteri agama setuju debat Zamri Vinoth, Saravanan batal

Oleh Wartawan TV Pertiwi

BANGI, 10 RAMADAN — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersetuju debat di antara pendakwah Zamri Vinoth dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan dibatalkan.  

 

Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata debat berkenaan tidak wajar diadakan kerana bakal mengancam keharmonian negara, lapor Malaysia Gazette.

 

“Sebenarnya benda ini kalau dibuat secara terbuka, ia akan menyebabkan masyarakat lebih berpecah-belah.

 

“Pihak terlibat perlu fikir dan memastikan perpaduan rakyat negara ini yang berbilang agama, dan bangsa dapat diperkukuhkan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Putrajaya hari ini mengulas program debat di antara Zamri dan Saravanan yang dijadual berlangsung pada 23 Mac ini. 

 

Saravanan dalam satu sidang media hari ini bagaimanapun enggan meneruskan debat berkenaan selepas mendapat nasihat Presiden MIC S Vigneswaran dan pihak polis.


Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PBB belum terlambat isytihar Israel negara pariah, kata MACSA

Next Post

Sijil cuti sakit tamat, SPRM panggil Ismail Sabri esok

Related Posts