Rafizi hanya dilihat berprinsip jika tarik balik sokong PMX

BANGI, 14 MUHARRAM – Timbalan Presiden PAS, menyifatkan desakan Ahli Parlimen Pandan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat badan kehakiman sebagai tidak bermakna jika Datuk Seri Rafizi Ramli gagal bertindak secara konsisten terhadap kepimpinan Perdana MenterI.

Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, lebih awal menyatakan pendirian rasmi gabungan parti itu mengenai kemelut kehakiman pada 3 Julai lalu.

Katanya, ini sekali gus bermakna PN konsisten mendesak Kerajaan Madani untuk menjamin kebebasan institusi kehakiman.

“Desakan Rafizi tidak membawa sebarang makna jika tidak konsisten untuk meneruskan desakan menuntut agar Perdana Menteri direhatkan sementara menunggu kes saman Yusoff Rawther terhadapnya selesai,” katanya dalam kenyataan media di Facebook, hari ini.

Malah, Tuan Ibrahim berkata, Rafizi serta sembilan Ahli Parlimen PKR lain hanya akan dilihat berprinsip jika sanggup menarik balik sokongan terhadap PMX. 

Sebagai figura yang ingin menonjolkan imej berprinsip, katanya adalah janggal apabila Rafizi terus mengkritik PMX yang juga presiden partinya atas beberapa kelemahan tadbir urus.

“Namun pada masa sama, (Rafizi) masih mengekalkan sokongan. Sikap ini menampakkan beliau sekadar ‘membuat bising’ untuk meraih perhatian tanpa keberanian mengambil tindakan konkrit,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, segala kemelut negara akan lebih mudah diselesaikan dan bermakna jika semua pihak bersatu dalam satu saf. 

“Saya dan rakan-rakan menyokong penubuhan RCI. Namun pengalaman lepas menimbulkan keraguan tentang sejauh mana hasil siasatan akan diterima serta dilaksanakan oleh kerajaan, prosesnya juga dijangka mengambil masa,” katanya. 

Beliau meminta semua pihak yang membuat pelbagai bantahan terhadap kegagalan PMX dapat bersama dalam Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini kerana rakyat melihat kesungguhan untuk membetulkan pelbagai kegagalan dan berprinsip dalam tindakan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan Islam terima bantuan dan sumbang dana wakaf YWM

Next Post

AS kenakan sekatan ke atas pengkritik tegar Israel di PBB 

Related Posts