AS kenakan sekatan ke atas pengkritik tegar Israel di PBB 

WASHINGTON, 14 MUHARRAM – Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas Francesca Albanese, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia di wilayah Palestin  yang diduduki.

Albanese menjadi sasaran AS kerana kelantangannya mengkritik kekejaman negara haram sekutu AS, Israel di Gaza.

“Hari ini saya mengenakan sekatan ke atas Pelapor Khas Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Francesca Albanese atas usaha beliau yang tidak sah dan memalukan untuk mendesak tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pegawai, syarikat, serta eksekutif  AS dan Israel,” kata Setiausaha Negara, Marco Rubio.

Dalam satu hantaran di platform X, Albanese menulis bahawa beliau tetap “berpihak teguh dan yakin kepada keadilan, seperti yang saya lakukan selama ini,” tanpa merujuk secara langsung kepada sekatan AS. Beliau menyifatkan tindakan AS sebagai “teknik ancaman ala mafia.”

Albanese, seorang peguam dan ahli akademik dari Itali, sebelum ini menyeru negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB agar mengenakan embargo senjata serta memutuskan hubungan dagangan dan kewangan dengan Israel, sambil menuduh sekutu AS itu melancarkan “kempen pembunuhan beramai-ramai” di Gaza.

Israel berdepan tuduhan jenayah genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan tuduhan jenayah perang di ICC susulan serangan ketenteraan besar-besaran ke atas Gaza.

Israel menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan tindakan itu adalah langkah mempertahankan diri selepas serangan berdarah oleh Hamas pada Oktober 2023.

Dalam satu laporan awal bulan ini, Albanese menuduh lebih 60 syarikat, termasuk pengeluar senjata utama dan firma teknologi terbabit dalam menyokong penempatan haram Israel dan tindakan ketenteraan di Gaza.

Laporan itu menggesa syarikat terbabit supaya menghentikan urusan dengan Israel dan eksekutif yang terlibat dikenakan pertanggungjawaban undang-undang atas pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Albanese adalah antara puluhan pakar hak asasi manusia bebas yang dilantik oleh PBB untuk melapor mengenai tema atau krisis tertentu. Pandangan yang diutarakan oleh pelapor khas tidak mewakili pendirian rasmi PBB secara keseluruhan.

Pakar hak asasi manusia mengutuk tindakan sekatan AS terhadap Albanese. Dylan Williams, Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan di Pusat Kajian Dasar Antarabangsa, menyifatkan tindakan itu sebagai “tingkah laku negara penyangak”, manakala Amnesty International menyatakan bahawa pelapor khas perlu disokong, bukan dikenakan sekatan.

“Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia dan semua pihak yang mempercayai kepada sistem berasaskan peraturan dan undang-undang antarabangsa mesti melakukan segala yang termampu untuk menyekat kesan sekatan terhadap Francesca Albanese dan secara umum melindungi kerja dan kebebasan pelapor khas,” kata Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard, yang juga merupakan bekas pelapor khas PBB.

Sejak kembali menjadi Presiden AS pada Januari lalu, Presiden Donald Trump, menghentikan penglibatan AS dengan Majlis Hak Asasi Manusia PBB, melanjutkan pembekuan dana kepada agensi bantuan Palestin UNRWA, dan mengarahkan semakan terhadap agensi kebudayaan PBB, UNESCO.

Beliau turut mengumumkan rancangan AS untuk menarik diri dari Perjanjian Iklim Paris dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pentadbirannya sebelum ini juga mengenakan sekatan ke atas empat hakim ICC pada Jun lalu sebagai tindak balas terhadap tindakan tribunal perang itu yang mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta keputusan terdahulu untuk membuka kes berkaitan dakwaan jenayah perang oleh tentera AS di Afghanistan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rafizi hanya dilihat berprinsip jika tarik balik sokong PMX

Next Post

Hospital Gaza lumpuh, lebih 100 bayi pramatang berisiko maut

Related Posts