Oleh: Azzman Jamal
BANGI, 23 RAMADAN – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan supaya isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman dibawa ke mahkamah agar ia dapat diselesaikan secara adil.
Beliau berkata, pendekatan itu adalah langkah terbaik kerana negara ini mempunyai undang-undang dan semua pihak perlu menghormatinya.
“Kita negara yang ada undang-undang, jadi jangan pusing sana pusing sini, bawa ke mahkamah dan selesaikan secara adil di mahkamah.
“Negara ada undang-undang, maka hormatilah undang-undang tersebut,” tegas beliau dalam hantaran di Facebook semalam.
Pada masa sama, Akmal turut mempersoal kenyataan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang sebelum ini menyatakan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) patut berbincang dengan ahli kuil sebelum menjual tanah berkenaan.
“Tanah milik DBKL nak jual kena beritahu pada orang yang menumpang atas tanah DBKL sendiri?
“Kalau kata dah ada di situ selama 130 tahun, kenapa tiada langsung pihak pengurusan kuil datang berjumpa dengan DBKL menyatakan hasrat untuk membeli atau menyewa tanah tersebut?” soal Akmal.
#kuil #Akmal #UMNO #MIC #DBKL
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi