PDRM Tubuhkan Unit Khas Siasat Kes Kematian Dalam Tahanan

(Satu unit siasatan ditubuhkan Polis Diraja Malaysia, PDRM, iaitu Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan (USJKT) / sumber : ismaweb)
(Satu unit siasatan ditubuhkan Polis Diraja Malaysia, PDRM, iaitu Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan (USJKT) / sumber : ismaweb)

SELASA, 7 DISEMBER – Satu unit siasatan ditubuhkan Polis Diraja Malaysia, PDRM, iaitu Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan (USJKT) bagi menyiasat kes kematian sewaktu berada di dalam tahanan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata unit berkenaan akan bermula Januari depan bagi memperbaiki integriti PDRM

Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Menteri Dalam Negeri berkata :

“Tujuannya adalah untuk lebih prihatin terhadap apa yang disuarakan oleh rakyat maka bila kita setuju untuk melaksanakan penubuhan USJKT ia akan meningkatkan lagi imej dan integriti polis.”

Beliau berkata dari tarikh pelaksanaan tersebut kesemua kes kematian dalam tahanan polis akan disiasat oleh unit berkenaan dan tidak lagi melibatkan balai yang terlibat kes kematian tahanan.

Hamzah berkata, USJKT akan terdiri daripada 13 anggota polis dan diketuai seorang Superitenden dan seorang pegawai awam.

Unit berkenaan akan membuat penilaian dan meneliti kes berkenaan sama ada wujud kes kecuaian atau terdapat unsur-unsur lain.

Mengulas lanjut, Hamzah turut menafikan kes kematian dalam lokap sebelum ini tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan isu perkauman.

Proses juga akan dilaksanakan dengan kerjasama khidmat doktor dan kerjasama bersama kementerian kewangan bagi melantik klinik swasta bagi tujuan saringan kesihatan tahanan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Proses Penamaan Calon Berjalan Lancar

Next Post

Pendakwa Raya Fail Afidavit Bukti Baharu Tiada Kaitan Elemen Kes Jenayah Rasuah Najib

Related Posts