Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Jumaat – Kes jenayah seksual membabitkan kanak-kanak meningkat 26.5% pada 2023 kepada 1,567 kes berbanding 1,239 kes yang direkodkan pada tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidi berkata, jumlah kesalahan amang seksual secara fizikal pada 2023 merekodkan peningkatan ketara sebanyak 21.1% atau 1,389 kes berbanding 1,147 kes pada 2022.
Bagi kesalahan amang seksual secara bukan fizikal dan pornografi kanak-kanak pula masing-masing merekodkan sebanyak 91 kes dan 67 kes pada 2023.
“Kanak-kanak terlibat dengan jenayah, bilangan kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada PDRM meningkat 26.6 peratus pada 2023 kepada 1,567 kes berbanding 1,239 kes pada 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Uzir berkata, bagi perspektif perlindungan, bilangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan turut meningkat 26.1% kepada 8,536 orang berbanding 6,770 kanak-kanak pada 2022.
Katanya, bilangan kanak-kanak perempuan memerlukan pemeliharaan dan perlindungan ialah seramai 5,418 orang, lebih ramai berbanding kanak-kanak lelaki iaitu 3,118 orang.
“Namun, kanak-kanak lelaki yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan mencatatkan peningkatan lebih tinggi sebanyak 26.4% berbanding kanak-kanak peremupuan iaitu 25.9% pada tempoh sama, ujarnya.
Mengulas dari aspek kesihatan, Mohd Uzir berkata, ‘Certain conditions originating in the perinatal period’ kekal menjadi sebab kematian utama yang mana ia disahkan secara perubatan bagi kanak-kanak adalah kurang daripada 5 tahun pada 2023 dengan 36.4 peratus.
Selain itu, ia diikuti dengan ‘Congenital Malformations, deformations, and chromosomal abnormalities, Pneumonia, Transport Accidents dan Meningitis.
Sementara itu, beliau berkata berkata, berdasarkan statistik anggaran penduduk 2024, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun adalah berjumlah 9.14 juta iaitu 26.9% daripada jumlah penduduk Malaysia iaitu 34.06 juta.
“Bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan bawah usia 16 tahun masing-masing ialah 4.72 juta dan 4.42 juta.
“Komposisi kanak-kanak bawah usia 5 tahun pada 2024 ialah 2.36 juta dan 6.9% daripada jumlah kanak-kanak di Malaysia. Belangan kanak-kanak lelaki ialah 1.22 juta dan 1.14 juta bagi perempuan,” tambahnya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI