Anggota polis maut dirempuh pemandu disyaki mabuk

Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki dipercayai mabuk di Jalan Temiang berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Temiang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berpangkat konstabel mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) pada jam 2.24 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta berkata, mangsa berusia 23 tahun dan bertugas di Balai Polis Jalan Campbell, masih dalam waktu bertugas ketika kejadian berlaku.

“Kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta. Siasatan awal mendapati ketika kejadian penunggang motosikal jenis Honda EX5 bergerak dari arah Seremban menghala ke Temiang.

“Kereta itu kemudiannya dikatakan melanggar motosikal berkenaan,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Beliau berkata, pemandu kereta seorang lelaki berumur 26 tahun mengalami kecederaan ringan dan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ketika kejadian pemandu Perodua Bezza disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan sampel darah sudah diperolehi dan akan diuji di jabatan kimia,” katanya.

Mahkamah memerintahkan supaya pemandu kereta itu direman selama enam hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kes buli Zara: Peguam mohon pendakwaan ditangguh, gesa tuduh ikut Seksyen 507D(2)

Next Post

Kes Zara Qairina: SUHAKAM gesa orang ramai jangan dedahkan identiti suspek

Related Posts