KHAMIS, 25 NOVEMBER – Dua bekas perdana menteri terus bertelagah dalam isu ganjaran kerajaan terhadap pemegang jawatan itu. Selepas diasak bertubi-tubi dalam isu permohonan hartanah mewah kerajaan, Najib Razak hari ini membalas serangan Dr Mahathir Mohamad.
Najib membangkitkan dakwaaan tawaran pajakan tanah 34 ekar di Langkawi semasa anaknya Mukhriz menjadi menteri besar Kedah. Najib juga mendakwa Mukhriz mendapat lesen pembalakan untuk kawasan 100 hektar di Sarawak pada 1994.
Berkaitan tanah di Langkawi, Najib mendakwa pajakan 60 tahun diberikan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada). Mahathir menjadi penasihat Lada daripada tahun 2003 hingga 2016.
Najib memuat dokumen didakwa surat tawatan pajakan itu serta surat penghargaan daripada Mukhriz berkaitan kelulusan pembalakan itu. Sehingga kini media tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen itu.
Berkaitan permohonannya sebelum ini, Najib berkata ketika memohon dia tidak meminta kerajaan menbayar RM100 juta untuk membeli hartanan itu atau diberitahu nilainya.