Sudah tiba Perlembagaan dipinda

BANGI, 12 JAMADILAKHIR – Ramai masih tidak sedar bahawa akibat keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Ikiputra, sudah menjadi almost impossible atau hampir mustahil untuk mendakwa dan mensabitkan kesalahan ke atas mereka yang melakukan perlakuan songsang sebegini walaupun yang terlibat adalah umat Islam.

Dalam kes ini, adalah dilaporkan lebih 100 daripada 200 lelaki yang ditangkap adalah beragama Islam. Walaupun ‘dikatakan’ ada video atau saksi yang nampak dengan mata sendiri perlakuan songsang ini, tiada tindakan boleh diambil. Kerana apa? Kerana di bawah undang-undang sivil, kalau suka sama suka, tiada siapa yang cedera atau akan mengadu agar tindakan undang-undang boleh diambil. Ini yang polis cuba terangkan kepada masyarakat.

Selain itu, mungkin ada yang akan menggesa, Malaysia menggunakan undang-undang Syariah untuk menghalang dan mensabitkan perlakuan songsang yang dilakukan oleh muslim? Bukankah meliwat satu kesalahan jenayah besar bawah Islam? Ya memang satu kesalahan besar tetapi akibat kes Mahkamah Persekutuan Ikiputra, Undang-undang Syariah seperti ini adalah terbatal sama sekali. Negeri sudah tiada kuasa menggubal.

Rentetan itu, asas penggubalan jenayah Syariah sudah dan akan jatuh. Kita tunggu satu persatu peruntukan undang-undang jenayah Syariah yang lain akan jatuh.

Sebagai makluman, Mahkamah Persekutuan dalam kes Ikiputra dan Nik Elin memutuskan negeri tiada lagi kuasa menggubal mana-mana undang-undang yang menyentuh bidang kuasa persekutuan. Manakala, dalam Perlembagaan, bidang kuasa Persekutuan amat luas termasuk menggubal undang-undang jenayah. Maka, mengikut Mahkamah Persekutuan, oleh kerana kesalahan Syariah meliwat menyentuh perkara jenayah persekutuan, ini adalah terbatal. Sebelum Ikiputra, mahkamah tidak berpandangan begitu. Ini interpretasi baru.

Oleh demikian, kita sudah tiada pilihan kecuali meminda Perlembagaan Persekutuan dengan segera sebelum yang lain jatuh. Saya dimaklumkan juga, akibat kes Ikiputra dan Nik Elin, negeri-negeri menjadi berwaspada dan takut melaksanakan undang-undang sedia ada. Ini boleh dan akan mengubah cara hidup kita.

Oleh itu, saya menggesa orang ramai untuk pengaruhi wakil rakyat anda. Naratif kita mudah. Pindaan Perlembagaan ini tidak akan memberi kesan kepada bukan muslim. Kepada muslim pindaan Perlembagaan ini perlu untuk mempertahankan our way of life yang sudah lama diamalkan sebelum merdeka lagi.

Misalnya berjudi. Dari sebelum merdeka, umat Islam dilarang di bawah undang-undang dari berjudi. Akibat alasan kes Ikiputra dan Nik Elin, ini bakal dijatuhkan. Ini mengubah amalan hidup umat Islam sejak sebelum merdeka lagi.

Jadi ayuh kawan-kawan kita bergegas meminda. Ini bukan gerakan politikal tetapi akibat pindaan Perlembagaan kita perlukan semua wakil rakyat untuk meminda.

Saya kini tengah lakukan beberapa groundwork. Setelah berjaya ini, saya akan lakarkan perjalanan yang kita perlu ambil. Saya harap tuan-tuan dan puan-puan dapat bersama-bersama membantu kami.Tuan Haji Lukman Sheriff Alias

Tuan Haji Lukman Sheriff Alias
Peguambela & Peguamcara

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tipu bunuh ‘pengganas’, Israel kantoi bunuh kanak-kanak Palestin

Next Post

Jenayah liwat: Perbuatan terlaknat yang cuba dinormalisasikan

Related Posts