Tipu bunuh ‘pengganas’, Israel kantoi bunuh kanak-kanak Palestin

BANGI, 12 JAMADILAKHIR – Tentera negara haram Israel (IDF) dikecam teruk pengguna media sosial satu dunia apabila mereka ‘terkantoi’ cuba menyembunyikan pembunuhan dua kanak-kanak Palestin berusia 11 dan lapan tahun di Gaza baru-baru ini.

Dalam ciapan di X baru-baru ini, IDF mendakwa telah mengesan dua suspek yang telah menyeberangi garisan kuning dan melakukan aktiviti ‘mencurigakan’.

Mereka mendakwa kononnya, kehadiran dua individu terbabit di selatan Gaza mengancam tentera Israel di situ sebelum Tentera Udara Israel (IAF) bertindak menghapuskan ‘ancaman’ tersebut.

Malah, dalam ciapan itu, IDF turut mendakwa insiden tersebut adalah pelanggaran kepada gencatan senjata.

Bagaimanapun, ciapan itu kemudian telah menerima notifikasi nota komuniti yang memaklumkan bahawa ‘suspek’ yang dimaksudkan itu adalah dua kanak-kanak berusia 11 dan lapan tahun.

Semakan laporan media antarabangsa mendapati kanak-kanak Palestin itu sebenarnya sedang mencari kayu api ketika penduduk di Gaza kini sedang berdepan musim sejuk.

Menurut laporan, mereka syahid selepas diserang dron milik Israel.

Susulan itu, pengguna media sosial mengecam kenyataan IDF itu dan menjadikan ciapan itu sebagai bukti penipuan Israel yang cuba menyembunyikan jenayah kemanusiaan yang dilakukan di Gaza.

TV Pertiwi difahamkan, ciapan itu telah dipadamkan sebelum IDF memuat naik ciapan baharu.

Namun begitu, penipuan itu tidak mudah untuk memperdayakan pengguna media sosial yang terus mengecam tindakan zalim Zionis Israel

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Spa songsang: Perkasa desak reformasi penguatkuasaan dan dasar undang-undang

Next Post

Sudah tiba Perlembagaan dipinda

Related Posts