BANGI, Isnin – Usaha mewujudkan jawatan bagi Timbalan Perdana Menteri (TPM) diisi lebih daripada seorang yang melibatkan wakil daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai manifesto parti-parti politik dianggap sukar untuk dipercayai dan tidak masuk akal.
Memetik ismaweb, Pemerhati Politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata perkara ini tidak berlaku di negara-negara lain seperti China dan India yang berpuluh kali ganda besar berbanding Malaysia.
“Pakatan Harapan juga umumkan dua TPM. Bayangkan apa kata ultra kiasu Cina yang selama ini memang mahukan kerusi TPM. Jangan sampai orang ketawakan, negara sekecil Malaysia, jawatan yang ditawarkan lebih banyak daripada wakil rakyat. Negara China dan India berpuluh kali ganda lebih besar pun tidak pelik sebegini.” – Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah / Pemerhati Politik
Bagaimanapun, rangka strategi untuk menang adalah penting buat masa ini walaupun permuafakatan dalam kalangan parti politik Melayu bukan PH dilihat sudah tidak ada lagi.
Tegas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee lagi, berjanji bulan bintang tidak akan menguntungkan siapa-siapa melainkan hanya memakan diri sendiri selain tiada parti politik akan akan menang sendirian dalam PRU-15.
Beliau turut mengingatkan mana-mana parti politik Melayu Islam tidak terlalu memusuhi parti sesama saudara dan seagama, sebaliknya cuba bersangka baik dan berhikmah.

Pemerhati Politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata 3 jawatan bagi TPM dianggap tidak masuk akal dan sukar dipercayai.
Pada masa sama, Ridhuan Tee mengingatkan pemimpin UMNO yang terpalit dengan kes di mahkamah sama ada telah terbukti, sedang dibicarakan, sudah dibuktikan atau belum untuk tidak bertanding dalam PRU15.
Sebelum ini, Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan mewujudkan tiga jawatan TPM selain jawatan Perdana Menteri akan kekal milik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.
Pada masa sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap ketika Jelajah Harapan Sabah semalam juga mengumumkan parti itu bercadang untuk mewujudkan dua jawatan TPM, iaitu satu daripada Semenanjung sementara satu lagi adalah wakil daripada Sabah-Sarawak.
https://www.youtube.com/watch?v=LVT2csbnLjY