PM terbabit dalam konspirasi jahat guna kes rasuah? Ini lebih membimbangkan – Muhyiddin

BANGI, 6 JAMADILAKHIR – Dakwaan bahawa Perdana Menteri terlibat dalam konspirasi jahat untuk menggunakan kes rasuah lesen mineral membabitkan ahli politik Sabah demi kepentingan politik peribadinya, jauh lebih berat berbanding tuduhan rasuah terhadap bekas Setiausaha Politik Kanannya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata video pendedahan oleh individu bernama Albert Tei yang tular hari ini menimbulkan beberapa persoalan yang amat meresahkan mengenai integriti Perdana Menteri.

Beliau mengemukakan persoalan, iaitu: “Adakah benar Perdana Menteri menggunakan kedudukannya untuk melindungi ahli-ahli politik GRS yang terbabit dalam kes rasuah lesen mineral Sabah sebagai balasan untuk mereka terus menyokong Perdana Menteri dan Kerajaan Madani?

“Adakah benar Perdana Menteri menggunakan kes rasuah ahli-ahli politik GRS sebagai ugutan terhadap ahli-ahli politik tersebut? Perdana Menteri tidak boleh mengelak daripada menjawab persoalan-persoalan ini.”

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pagoh menggesa SPRM supaya menyiasat Perdana Menteri atas kesalahan salah guna kuasa.

Muhyiddin berkata, PN juga memandang serius dakwaan rasuah membabitkan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri. 

Beliau menyifatkan skandal ini mengejutkan rakyat kerana melibatkan individu dalam lingkungan paling rapat dengan Perdana Menteri. 

Kelmarin, Albert Tei mendakwa menyerahkan wang lebih RM600,000 kepada Shamsul Iskandar selain membantu membayar kos mengubah suai dua kediamannya, masing-masing satu di Bangsar dan Putrajaya.

Ahli perniagaan itu juga mendakwa menyediakan dokumen setebal 300 halaman bagi menyokong dakwaan yang dibuatnya.

Ini disusuli dengan pengumuman Shamsul Iskandar meletakkan jawatan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri dengan alasan ada pihak cuba menyerangnya dalam usaha merosakkan imej Kerajaan Madani.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rasulullah benci rasuah dan mereka yang terlibat

Next Post

Israel lancar operasi ketenteraan baharu di utara Tebing Barat

Related Posts