Himpunan bantah kehadiran Trump: Batal atau tukar lokasi – KPN

BANGI, 1 JAMADILAWAL – Polis menasihat penganjuran perhimpunan bagi membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump  sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 tidak diadakan di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) atau dialihkan ke kawasan lain.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata polis sudah menjalankan sesi libat urus dengan kumpulan yang menyatakan hasrat untuk berhimpun bagi menyampaikan bantahan.

Katanya, PDRM menasihatkan supaya tidak diadakan di kawasan KLCC dan jika masih berhasrat untuk berhimpun, pihaknya mencadangkan supaya lokasi dialihkan ke kawasan lebih sesuai seperti Padang Merbok.

“Perhimpunan besar di sekitar KLCC boleh menjejaskan kawalan keselamatan serta mengganggu pergerakan konvoi dan urusan protokol delegasi antarabangsa yang menghadiri sidang berkenaan.

“Kita bukan menghalang hak berhimpun, tetapi meminta kerjasama semua pihak supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan sepanjang minggu Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung,” katanya selepas meninjau raptai delegasi sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di KLCC, hari ini.

Mohd Khalid berkata, tempoh Sidang Kemuncak ASEAN bukan masa sesuai untuk sebarang perhimpunan kerana semua keutamaan ditumpukan kepada aspek keselamatan dan protokol negara.

Katanya, polis menasihati supaya perhimpunan itu tidak diteruskan kerana kawasan KLCC diklasifikasikan sebagai zon kawalan keselamatan dan menjadi tumpuan utama delegasi luar negara.

“Penganjuran seperti itu tidak sesuai ketika Malaysia menjadi tuan rumah kerana boleh menjejaskan imej negara serta mengganggu kelancaran sidang,” katanya. 

Beliau menegaskan, polis menghormati hak berhimpun seperti termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, namun ia perlu dilaksanakan secara tertib tanpa menjejaskan keselamatan awam.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan di kawasan larangan.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan dijadual berlangsung di KLCC dari 26 hingga 28 Oktober ini, dijangka menghimpunkan beberapa pemimpin utama dunia termasuk Trump dan juga pemimpin dari China, Jepun serta negara anggota ASEAN.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hidang arak: ‘Lebih baik buat DAP Airlines’ – PAS bidas DAP

Next Post

Arak, judi tidak boleh ada di dewan sekolah – PM

Related Posts