Kerjasama UMNO & PAS Tidak Kesampaian – Tuan Ibrahim

BANGI, Sabtu – Kerjasama UMNO-PAS mencapai jalan buntu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berikutan tiada kata sepakat yang boleh dicapai sehingga kini.

Tiada kata sepakat antara UMNO dan PAS sekali gus memberi bayangan tiada kerjasama antara kedua-dua parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15.

Lapor Awani, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, UMNO mendakwa PAS tiada pendirian kerana memilih untuk bersama dengan BERSATU dan tidak berpihak kepada UMNO.

Katanya, UMNO sepatutnya melihat kerjasama berkenaan dalam kerangka yang lebih besar.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Jelasnya, mereka mengimpikan penyatuan di antara PAS, UMNO dan BERSATU bagi membentuk sebuah gagasan yang kuat dalam menghadapi PRU-15 namun menemui jalan buntu meskipun sudah hampir tiga tahun.

Tegasnya, PAS adalah parti yang setia dengan rakan, walaupun UMNO menetapkan syarat tertentu yang dianggap tidak munasabah dalam kerjasama berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan UMNO pasca keputusan pilihan raya umum itu nanti.

Terdahulu, PAS memutuskan untuk kekal dengan BERSATU meskipun pernah diberi kata dua untuk memilih UMNO.

https://www.youtube.com/watch?v=v7xfDcNE7KQ

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengintip Israel : Hukuman Berat Kepada Tali Barut Israel!

Next Post

Gerakan Tanah Air Mula Bincang Kerjasama Dengan Perikatan Nasional

Related Posts