Oleh: Wartawan Tv Pertiwi
BANGI,16 SYAWAL – Van jenazah milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang membawa jenazah Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, tiba di Masjid Negara kira-kira jam 8.20 pagi tadi bagi urusan mandi dan kafan.
Ketibaan van tersebut diiringi oleh ahli keluarga terdekat, kenamaan serta orang ramai yang berkumpul sejak awal pagi untuk memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh negarawan itu.
Terdahulu, van jenazah berkenaan tiba di kediaman rasmi di Carcosa Seri Negara pada jam 6.38 pagi untuk membawa jenazah ke Masjid Negara.
Menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin, yang juga bekas Menteri Kesihatan, memaklumkan bahawa jenazah akan disolatkan dan diberi penghormatan terakhir oleh pemimpin negara serta rakyat bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.
Memetik Sinar Harian, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Pahlawan, yang terletak bersebelahan Masjid Negara, tempat persemadian beberapa tokoh utama negara sebelum ini.
Allahyarham Tun Abdullah, yang meninggal dunia semalam di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 85 tahun, telah lama berdepan masalah kesihatan.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi