URA: Anwar, Kor Ming tak faham hak harta dalam sivil atau Islam – Isham

BANGI, 13 RABIULAWAL – Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (URA) menjadi bukti bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming gagal memahami asas hak hartanah dalam undang-undang sivil mahupun Syariah.

Aktivis politik, Isham Jalil berkata, isu melibatkan hak hartanah tidak boleh diselesaikan menerusi sistem demokrasi kerana ia merupakan hak individu sebagai pemilik.

“Dalam hak hartanah, tiada istilah demokrasi. Ini undang-undang hartanah, bukan sahaja sivil tetapi juga syariah macam itu.

“Tak percaya, tanya golongan ulama (atau tanya) menteri Agama mengenai undang-undang melibatkan hartanah.

“Adakah (apabila) majoriti setuju, selepas itu baki minoriti perlu ikut? Dalam undang-undang Islam pun bukan begitu,” tegas Isham dalam video yang dimuat naik dalam akaun media sosial beliau semalam.

Mengulas lanjut, Isham berkata, antara contoh terbaik ialah pembahagian harta pusaka yang mana pihak yang mahu mengambil harta tersebut perlu mendapatkan persetujuan semua waris yang dinamakan.

“Kalau si mati tinggal 100 waris, semua 100 waris itu kena setuju. Kalau seorang pun tak setuju maka tak jadi (pemindahan harta).

“Oleh itu, dalam kes ini, kamu kena cari 100 waris. Undang-undang sivil pun sama sebab ini libatkan harta benda.

“Kalau sebagai Perdana Menteri pun tak faham, macam mana ” boleh jadi Perdana Menteri?” soal beliau.

Sebelum ini, RUU URA telah menerima begitu banyak bantahan daripada pelbagai pihak termasuk dalam kalangan wakil rakyat blok kerajaan.

Ramai mentafsirkan RUU itu tidak menawarkan keadilan kepada pemilik kediaman atau hartanah di kawasan bandar dan lebih menguntungkan pihak pemaju.

RUU yang dicadang untuk dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat pada Ogos lalu telah diumum tangguh dan dijangka akan dibentangkan semula pada persidangan akan datang sekitar Oktober depan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hukuman buli di MRSM mesti dilaksana tanpa pilih kasih – Asyraf Wajdi

Next Post

20 individu hilang selepas bantahan berdarah di Indonesia

Related Posts