Hukuman buli di MRSM mesti dilaksana tanpa pilih kasih – Asyraf Wajdi

BANGI, 13 RABIULAWAL – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan intervensi awal dan hukuman tegas perlu digabungkan bagi memutuskan rantaian kes buli di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Beliau berkata, rekod menunjukkan kebanyakan kes buli melibatkan pelajar daripada keluarga berantakan sehingga menjejaskan emosi dan psikologi mereka di asrama.

Katanya, Bahagian Pendidikan Menengah MARA diarahkan menyelaras usaha kaunselor dan guru untuk mengenal pasti latar belakang pelajar serta mendekati mereka dengan lebih dekat.

“Dengan cara ini, proses taalim (mengajar) dan taadib (menyemai nilai dan adab) dapat dilakukan secara berkesan dan holistik.

“Ini memerlukan setiap pelajar yang ingin dibentuk, difahami terlebih dahulu latar belakang mereka secara tuntas agar segala program intervensi dapat dilakukan lebih proaktif,” jelasnya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, sistem ‘homeroom’ yang diamalkan di MRSM turut membantu kerana setiap pelajar mempunyai adik-beradik angkat dengan pemantauan guru sebagai ibu atau bapa angkat.

“Insya-Allah, jika elemen intervensi dalam mendidik digabungkan dengan tindakan punitif (hukuman tegas jika masih berlaku), rantaian buli mampu diputuskan. 

“Hukuman mesti dilaksanakan tanpa mengira darjat, pangkat, latar keluarga mahupun ‘connection’,” tegasnya.

Sebelum ini, rakyat mempertikai dan mempersoalkan cara pihak berkuasa mengendalikan kes kematian Allahayarham Zara Qairina Mathathir – yang dianggap seolah berat sebelah.

Ini termasuk kegusaran terhadap isu berkaitan tiada pemeriksaan bedah siasat segera, penundaan siasatan, dan kurangnya penerangan serta ketelusan kepada keluarga dan orang awam, sehingga mencetuskan tanggapan wujud usaha ‘melindungi’ pihak tertentu atau ‘menutup kes’ 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Inkues kematian Zara Qairina bermula hari ini

Next Post

URA: Anwar, Kor Ming tak faham hak harta dalam sivil atau Islam – Isham

Related Posts