Peningkatan kes buli jadi bukti usaha dilakukan tidak berkesan

BANGI, 5 RABIULAWAL – Peningkatan kes buli di sekolah yang berlaku pada 2024 berbanding tahun sebelumnya menjadi bukti bahawa pendekatan yang digunakan kerajaan untuk tangani isu ini tidak berkesan.

Pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad berkata, jumlah kes buli yang dilaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2024 iaitu 7,681 kes adalah sangat tinggi.

Katanya, ini bermakna, purata kes buli yang berlaku pada tahun lepas ialah sebanyak 40 kes sehari sekiranya 7,681 kes buli itu dinisbahkan kepada 190 hari persekolahan.

“Tolak cuti dan hujung minggu, jumlah hari persekolahan di negara ini sekitar 190 hari. Pelajar asrama juga biasanya pulang ke rumah masing-masing apabila cuti sekolah.

“Secara kasar, bila dinisbahkan 7,681 kes buli di sekolah kepada 190 hari persekolahan, secara purata telah berlaku 40 kes buli sehari pada 2024. Sangat tinggi,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau

Anuar berkata demikian sebagai mengulas jawapan yang dikongsikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi jawpaan bertulis di laman sesawang Parlimen, semalam.

Menerusi jawapan bertulis itu, Fadhlina memaklumkan bahawa kes buli telah meningkat kepada 7,681 kes pada 2024 berbanding 6,528 kes yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Fadhlina berkata, angka itu berdasarkan data sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dengan 1,992 kes berlaku di sekolah rendah manakala 5,689 kes di sekolah menengah. 

Mengulas lanjut, Anuar turut meluahkan kebimbangan apabila data rasmi yang dikongsikan KPM itu menunjukkan sebanyak 14,209 kes buli telah berlaku dalam tempoh dua tahun.

“Semua itu anak-anak kita. Trauma dan kesan psikologi sebagai mangsa buli akan kekal seumur hidup mereka.

“Bagaimana pula dengan kes buli yang tidak dilaporkan kerana bimbang dengan keselamatan diri, malu atau sebagainya? Tiada siapa tahu jumlahnya. Tentu jumlahnya bukan ‘kecil anak’,” ujar beliau.

Justeru, Anuar menegaskan supaya wakil rakyat sama ada di blok kerajaan mahu pun pembangkang perlu memainkan peranan masing-masing dan menggesa KPM supaya bertindak lebih proaktif.

“Persoalannya, sejak 2023, apa usaha berkesan yang telah diambil bagi pencegahan kes buli di sekolah? 

“Jika ada usaha yang berkesan, mengapa kes buli di sekolah terus meningkat?

“Ini bukan soal politik. Ini soal keselamatan dan masa depan anak-anak kita,” 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PM akui RUU URA mungkin wujud beberapa kelemahan

Next Post

RUU URA: PN minta Borneo, UMNO berkecuali

Related Posts