Siasatan pelaburan Khazanah, PNB dalam FashionValet selesai – Azam

Kenyataan media SPRM

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang, FashionValet.

 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk kajian dan pertimbangan.

 

“Keputusan berhubung siasatan ini akan diperolehi dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan malam semalam.

 

Sebelum ini, syarikat pemula itu disiasat SPRM berhubung isu kerugian membabitkan pelaburan daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB berjumlah RM47 juta pada 2018.

 

Kerugian yang dialami FashionValet turut mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat yang menuntut kerajaan menjelaskan perkara itu.

 

Susulan itu, pengasas syarikat terbabit, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar umum melepaskan jawatan mereka sebelum mereka dipanggil SPRM untuk membantu siasatan.

 

SPRM turut dilaporkan mengesan beberapa transaksi akaun mencurigakan dan telah menggeledah kediaman pasangan terbabit sebelum menyita 11 beg tangan serta seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran nilai keseluruhan kira-kira RM200,000.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERSATU umum tiga pelantikan baharu, Azmin kini Setiausaha Agung

Next Post

19 rakyat Palestin terkorban dalam serangan Israel di seluruh Gaza

Related Posts