BANGI, 29 SAFAR – Kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir wajar dijadikan pengajaran kepada semua kementerian, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), untuk mempertingkatkan usaha mengawal naratif dalam menangani isu sensitif sebelum ia mencetuskan spekulasi yang boleh menimbulkan kekecohan.
Kegagalan KPM mengawal naratif berhubung perkembangan kes Zara dilihat menjadi antara faktor timbulnya pelbagai spekulasi sehingga mencetuskan fitnah dan persepsi negatif.
Situasi ini hanya menimbulkan kemarahan rakyat yang akhirnya bertindak menganjurkan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan memandang serius berhubung kes tersebut.
Malah, desakan itu juga menuntut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk melepaskan jawatan kerana didakwa gagal menangani isu buli.
🔒 Nak Baca Lagi?
Serendah RM7.50 sebulan sahaja, anda boleh dapatkan akses ke kandungan eksklusif PERTIWI+.